قصة الثلاثة الذين غلق الكهف عليهم
عن ابي عبد الرحمن بن الخطاب رضي الله عنهما قال
سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول
عن ابي عبد الرحمن بن الخطاب رضي الله عنهما قال
سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول
Dalam sebuah hadits riwayat Imam Bukhari Muslim
diterima dari Abi Abdurrahman bin Khattab ra, dikisahkan: ada tiga orang pemuda
hendak pergi beribadah kepada Allah swt. Di tengah perjalanan tiba-tiba hujan
turun sangat lebat sekali. Lalu mereka pun berlindung di dalam sebuah gua.
Tiba-tiba jatuh sebuah batu yang besar menutupi mulut gua. Ketiga pemuda
itu pun akhirnya terkurung dan tidak dapat keluar.
Seorang dari mereka berkata kepada yang
lainnya, “Wahai hamba Allah, demi Allah, tidak ada yang dapat menyelamatkan
kita sekarang ini kecuali Allah Swt. Barangkali ada amal paling baik yang
pernah kita lakukan yang dapat kita kemukakan kepada-Nya untuk menyelamatkan kita
dari kesulitan dan musibah ini”.
Pemuda pertama dari mereka berkata, “Ya Allah,
kedua orang tua ku sudah sangat tua. Meskipun demikian, aku sangat
menyayangi keduanya dan aku tidak pernah minum atau makan sebelum keduanya
minum dan makan. Suatu hari aku bawakan sebotol air susu untuk keduanya namun
mereka sedang tidur dengan lena. Aku tidak berani mengejutkannya, lalu aku
tunggu sehingga keduanya bangun. Meskipun anak aku waktu itu menangis
meminta susu itu, namun aku tidak memberikannya sebelum kedua orang
tua aku meminumnya terlebih dahulu. Apabila kedua orang tua
ku bangun, aku terus memberinya minum.
Ya Allah, Engkau Maha Tahu, apa yang aku
perbuat itu semata-mata karena mengharap keredhaan-Mu, maka tolong alihkan
batu ini supaya kami dapat keluar”.
Selesai pemuda itu berkata-kata, tiba-tiba batu
besar yang menutupi mulut gua itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat
keluar.
Lalu pemuda kedua berkata, “Ya
Allah, saya pernah terpikat kepada seorang wanita yang sangat cantik. Karena aku memiliki
kekuasaan dan kekayaan, lalu aku bayar wanita itu dengan harga yang
dikehendakinya. Ketika kami berdua-duaan dan aku mempunyai kesempatan
untuk berbuat zina, tiba-tiba aku ingat siksa-Mu ya Allah, lalu aku
batalkan niat buruk itu. Ya Allah, seandainya apa yang aku perbuat itu
baik menurut-Mu, tolong geserkan batu besar yang menghalangi mulut gua ini.”
Lalu batu itu bergeser kembali, namun mereka
tetap belum dapat keluar.
Pemuda yang ketiga pula lalu berkata, “Ya Allah, aku pernah
menyuruh orang bekerja dengan upah masing-masing setengah dirham. Ketika
mereka selesai bekerja, aku terus membayar upahnya. Tiba-tiba ada salah
seorang daripadanya menolak mengambil upah itu, karena ia merasa
melakukan dua pekerjaan sekaligus. Ia hanya ingin diupah sebanyak
satu dirham. Karena tidak bersetuju dengan kadar upahnya, orang itu lalu
pergi begitu sahaja tanpa mengambil upahnya terlebih dahulu.
setelah orang itu pergi, aku gunakan uangnya
yang setengah dirham itu sebagai modal sehingga menghasilkan banyak keuntungan.
Pada suatu hari orang tadi datang semula dan meminta upahnya yang setengah
dirham itu. Lalu aku berikan kepadanya 10 ribu dirham dari keuntungan
wangnya yang setengah dirham dari upahnya dahulu.
Orang tersebut terkejut dan mengatakan: “Jangan kamu hendak
bergurau, upah aku dahulu bukan sebesar ini tetapi hanya setengah dirham”.
Lalu aku jelaskan, bahawa wangnya yang setengah dirham itu telah aku
laburkan sehingga terus bertambah sampai sebanyak ini.
Setelah jelas, dia pun mengambilnya dengan
penuh bahagia dan rasa syukur. Ya Allah, Engkau Maha Tahu, aku melakukan
itu semata-mata karena mengharapkan keredhaan-Mu. Ya Allah, jika apa
yang aku lakukan itu baik menurutMu, tolong angkat batu yang menghalangi
tempat keluar kami ini.”
Akhirnya batu itu bergeser kembali dan
akhirnya mereka dapat keluar dari gua tersebut dengan selamat. (HR.Bukhari
dan Muslim).
`IBRAH:
Ø
Allah swt memberikan pertolongan kepada hamba-hamba
yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.
Ø
Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul (menjadikan
perantara) dengan amal sholeh yang kita lakukan.
Ø
Apabila hendak
melaksanakan suatu pekerjaan maka alangkahbaiknya bermusyawarah terlebih
dahulu, karena musyawarah senantiasa akan menghadirkan keberkahan.
Ø
Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan sholeh.
Ø
Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan sholeh.
Ø
Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan
sholeh.
Ø
Menjaga amanah yang dipercayakan kepada kita
semua.
Matan hadits
dalam bahasa arab, bisa dibaca di bawah ini.
قصة الثلاثة الذين غلق الكهف عليهم
عن ابي عبد الرحمن بن الخطاب رضي الله عنهما قال
سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول
" انطلق ثلاثة نفر ممن كان قبلكم حتى اواهم المبيت الى غار فدخلوه ، فانحدرت صخرة من الجبل فسدت عليهم الغار فقالوا : انه لا ينجيكم من هذه الصخرة الا ان تدعوا الله بصالح اعمالكم . قال رجل منهم : اللهم كان لي ابوان شيخان كبيران ، و كنت لا أغبق قبلهما أهلا و لا مالا ، فنأى بي طلب الشجر يوما فلم أرح عليهما حتى ناما ، فحلبت لهما غبوقهما فوجدتهما نائمين ، فكرهت أن اوقظهما و ان اغبق قبلهما اهلا او مالا ، لبثت و القدح على يدي أنتظر استيقاظهما حتى برق الفجر و الصبية يتضاعفون عند قدمي ، فاستيقظا فشربا غبوقهما ، اللهم ان كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك ففرج عنا ما نحن فيه من هذه الصخرة ، فانفرجت شيئالا يستطعون الخروج
قال الثانى: اللهم كان لي ابنة عم كانت احب الناس الي ، و في رواية : كنت احبها كأشد ما يحب الرجال النساء ، فأردتها عن نفسها فامتنعت مني حتى المت بها سنة من السنين فجاءتني فأعطيتها عشرين و مائة دينار على ان تخلي بيني و بين نفسها ، ففعلت حتى اذا قدرت عليها ، و في رواية : فلما قعدت بين رجليها ، قالت : اتق الله و لا تفض الخاتم الا بحقه ، فانصرفت عنها و هي احب الناس الي و تركت الذهب الذي اعطيتها ، اللهم ان كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فأفرج عنا ما نحن فيه ، فانفرجت الصخرة غير انهم لا يستطعون الخروج منها .

و قال الثالث : اللهم استاجرت اجراء و أعطيتهم أجرهم غير رجل واحد
ترك الذي له و ذهب ، فثمرت أجره حتى كثرت منه الاموال فجاءني بعد حين فقال : يا
عبد الله اد الي أجري . فقلت : كل ما ترى
من أجرك من الابل و البقر و الغنم و الرقيق . فقال : يا عبد الله لا تستهزئ بي ! فقلت : لا استهزئ بك ، فأخذه كله فاستاقه فلم
يترك منه شيئا اللهم ان كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فأفرج عنا ما نحن فيه ن فانفرجت
الصخرة فخرجوا يمشون " متفق عليه .
0 Comments:
Posting Komentar